FEBRUARI 2022

Abg Jo Dahului Lafaz Sumpah


KUCHING, 14 Feb: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg mendahului lafaz sumpah atau ikrar sempena Persidangan Hari Pertama Mesyuarat Pertama bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19 dimulakan dengan upacara angkat sumpah 82 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Majlis lafaz sumpah berkenaan kemudiannya diikuti oleh tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Kesemua ADUN dikehendaki menandatangai surat cara sumpah atau ikrar selepas melafaz sumpah atau ikrar.

Persidangan DUN yang bermula hari ini hingga 16 Februari depan adalah yang pertama selepas Pilihan Raya Negeri 2021 berlangsung pada 18 Disember lepas.

Sumber dari : Sarawakku